Ahad, 8 April 2012

Ciri - ciri Autisma : Kelainan dalam tingkah laku

Pernahkah anda menghadapi situasi di mana anak / murid Autisma anda mengamuk tanpa terkawal yang adakalanya boleh mencederakan dirinya atau orang lain terutama apabila kemahuannya tidak dipenuhi?.
Menghempas badannya/kepalanya ke lantai atau dinding, menggigit dirinya/orang lain, memukul kepalanya, mencederakan tangannya, menarik rambutnya, menghempas bangku kelas, mengoyakkan bajunya dan menggigit butang bajunya merupakan antara tingkah laku yang sering dilakukan oleh kanak2 Autisma apabila kemahuannya tidak dipenuhi atau menunjukkan kemarahannya.
Hari ini saya menghadapi situasi di mana Es mengamuk dan menghempaskan kepalanya ke lantai simen dan juga badannya ke pintu. Es marah ekoran saya tidak membenarkan dia mengurung diri di dalam stor setelah saya membuka stor untuk mengambil kad manila. Dan tingkah laku ini sering dilakukannya samada di sekolah mahupun di rumah. Saya memerhati tingkah laku Es (dengan kawalan) itu memandangkan saya baru sahaja menjadi guru mereka (saya kini guru pra sekolah pend. khas...baru 2 minggu) untuk melihat tindakan ES seterusnya. Es menghempaskan kepalanya di lantai, badannya di pintu dan menterbalikkan 3 buah kerusi dan kemudiannya Es kembali dengan dunianya. Maknanya amukkannya sudah habis dan Es tidak merasakan sebarang kesakitan (antara lain ciri Autisma ialah tidak memperdulikan bahaya/tidak tahu bahaya).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan